Organisasi Induk
Pengenalan Ko-Kurikulum Pertahanan Awam Malaysia PDF Print E-mail
Thursday, 12 August 2010 06:35

KO - KURIKULUM PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (Kor JPAM)

Kokurikulum Pertahanan Awam di Universiti Teknologi MARA Shah Alam telah ditubuhkan pada 10hb. Jun 1998. Pada pengambilan pertama kokurikulum seramai 100 orang pelajar telah mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam iaitu dalam kod kursus KES110. Pada ketika itu penyelarasnya dilakukan oleh Unit Kesateria HEP, manakala jurulatihnya dari Pertahanan Awam Negeri Selangor cawangan Klang.

Pada bulan Disember 2000 penyelarasan kokurikulum Pertahanan Awam,UiTM telah diselaraskan oleh Pertahanan Awam Negeri Selangor dan seorang pegawai penyelaras telah dilantik dan bertanggungjawab dalam pengurusan kokurikulum Pertahanan Awam,UiTM. Pada 16hb. Januari 2002 kokurikulum Pertahanan Awam di Universiti Teknologi MARA telah dilancarkan dengan rasminya oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah menyampaikan watikah perlantikan Pegawai Bersekutu dan Kehormat Pertahanan Awam Malaysia kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor HEA dan HEP.

Kokurikulum Pertahanan Awam,UiTM adalah mengikut silibus yang telah digariskan oleh Pusat Latihan Pertahanan Awam Malaysia PULAPA dan penyelarasan dilakukan oleh Pertahanan Awam Negeri Selangor.Matapelajaran yang diajar adalah meliputi Kenegaraan, Partiotisme, Organisasi Pertahanan Awam, Kaedah dan Undang-undang, Kawad Kaki, Penyelamat, Pertolongan Cemas (paramedic) dan Asas Kebombaan. Ianya juga meliputi pelbagai kemahiran menyelamat dan pengurusan bencana alam seperti, banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan bangunan runtuh.

Jumlah jam kokurikulum yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni adalah 28 jam satu semester.

Selain dari matapelajaran-matapelajaran yang diikuti oleh para pelajar, mereka juga diberi pendedahan melalui latihan-latihan luar yang lebih praktikal dan bersesuaian. Sebagai persediaan menjadi warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat, mereka yang berminat untuk menambahkan ilmu dalam Pertahanan Awam juga digalakkan mengikuti pelbagai kursus peringkat asas. Pelbagai kemahiran dan lanjutan di Pusat-pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Baling Kedah, Butterworth, Pulau Pinang (telah ditutup), Jengka Pusat, Pahang dan di Akademi Latihan ALPHA Bangi, Selangor. Perbelanjaan untuk mengikuti pelbagai kursus ditanggung oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Mereka yang ingin mengikuti pelbagai kursus hendaklan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan.Individu/anggota yang menamatkan kursus dengan jayanya akan diberikan sijil yang juga di itiraf oleh ajensi-ajensi kerajaan dan sektor swasta. Untuk membentuk disiplin, saksiah dan keperbadian sebagai pemimpin, pelajar yang sedang dan telah mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam juga diberi peluang dan galakan untuk memimpin rakan sebaya/anggota dalam pelatun-pelatun. Mereka ini dikenali sebagai komander kokurikulum Pertahanan Awam,UiTM.

Pelajar-pelajar yang masih mengikuti kursus kokurikulum dan telah menamatkan kursus kokurikulum Pertahanan Awam,UiTM digalakkan untuk mendaftar menjadi ahli dalam Persatuan RES-Q TEAM,UiTM yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Melalui persatuan pelajar-pelajar boleh merancang pelbagai aktiviti yang berfaedah dan melibatkan diri dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak kolej dan Universiti.

Last Updated on Thursday, 12 August 2010 07:58